DIKTATOR TEKNOKRAT: BAGAIMANA 10 INDIVIDU TERKAYA MENGUASAI DUNIA

DIKTATOR TEKNOKRAT: BAGAIMANA 10 INDIVIDU TERKAYA MENGUASAI DUNIA

Demokrasi Barat kini hanyalah satu ilusi. Di sebalik pentas politik dan pilihan raya yang disajikan kepada dunia, pentadbiran sebenar tidak lagi berada di tangan rakyat.

Bayangkan sebuah realiti di mana 10 orang individu terkaya di Amerika Syarikat memiliki nilai kekayaan bersih sebanyak $2.3 trilion. Malah, kaum elit seperti Elon Musk bercita-cita untuk menaikkan lagi kekayaan peribadinya sebanyak satu trilion dollar. Kekayaan yang digenggam oleh 10 individu ini adalah secara spesifik, bukannya milik 10 buah syarikat konglomerat atau keluarga.

Pemusatan kuasa dan kekayaan ekstrem ini bukanlah perkara baharu. Ribuan tahun lalu, Allah SWT telah merakamkan kisah Qarun dalam Surah Al-Qasas ayat 76, seorang manusia yang takbur kerana kekayaannya yang melimpah ruah, sehingga dia menyangka dia mampu membeli dunia. Hari ini, Qarun telah bangkit semula dalam bentuk diktator korporat.

Dengan wang berjumlah trilion dollar, 10 individu ini bukan sekadar dianggap kaya-raya, tetapi mereka mampu untuk membeli kuasa. Mereka hari ini memiliki White House, mereka yang memasang dan melantik Naib Presiden, serta mereka jugalah yang menentukan secara langsung dasar-dasar kerajaan Amerika Syarikat. Demokrasi US kini hanya tinggal pada nama; sistem yang ada hari ini telah diswastakan sepenuhnya kepada mereka.

Bukan itu sahaja, puak elit ini memonopoli kebenaran dan minda manusia. Mereka mengawal platform komunikasi utama dunia, termasuk platform YouTube ini. Media-media tradisional telah dibeli; contohnya Jeff Bezos kini memiliki The Washington Post.

Manakala operasi aplikasi TikTok di Amerika Syarikat telah dibeli dan dikuasai oleh Larry Ellison, yang membelinya bagi pihak Benjamin Netanyahu, demi melenyapkan naratif kebenaran tentang rakyat Palestin. Terdahulu, beliau juga telah menyerahkan Paramount Studios, Paramount Media, dan CBS News kepada kuasa Netanyahu dan Zionis.

Mereka sedang menguasai naratif global. Sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang tidak disenangi oleh kerajaan Amerika Syarikat, suaranya boleh dipadamkan pada bila-bila masa.

Dewa Digital

Penguasaan mereka lebih menakutkan apabila ia menembus masuk ke dalam ruang peribadi setiap umat manusia. Mereka menguasai privasi kita. Mereka memiliki alamat e-mel kita, malah tanpa ragu-ragu mempunyai pengetahuan lengkap mengenai setiap ketukan papan kekunci (keystroke) yang kita lakukan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Tidak lama lagi, mata wang kripto yang diramalkan menjadi mata wang utama dunia juga akan berada di bawah telunjuk dan kawalan mereka ini.

Mereka memantau kita 24 jam sehari. Secara halus, oligarki teknologi ini sedang meletakkan diri mereka seolah-olah memiliki sifat ketuhanan, mengetahui segala gerak-geri setiap manusia di muka bumi.

Namun, sebagai seorang Mukmin, kita dituntut untuk meyakini Surah Al-An'am ayat 59; "Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib... dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya." Pengawasan sistem digital ini hanyalah fitnah ciptaan manusia yang mahu memperhambakan manusia lain. Ia adalah ciri-ciri sistem Dajjal yang menuntut kepatuhan dan kebergantungan total umat manusia terhadap ekosistem yang mereka cipta.

Amerika vs China

Kita sedang berada dalam fasa percaturan tadbir urus global yang amat pelik dan belum pernah disaksikan di dalam sejarah ketamadunan.

Jika kita lihat di China, sebuah negara tidak demokratik tetapi sebaliknya sebuah teknokrasi, sektor perniagaan secara jelas tunduk dan diletakkan di bawah penguasaan kerajaan. Namun, realiti di Amerika Syarikat adalah terbalik sama sekali. Kerajaan mereka yang kononnya dipilih oleh rakyat, hari ini menjadi hamba dan tunduk kepada kelas korporat dari sektor teknologi gergasi ini.

Pemusatan kuasa sebegini adalah perkara yang diperangi di dalam Islam. Allah SWT telah menetapkan satu prinsip ekonomi dan tadbir urus yang agung di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7: "Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu."

Apabila hukum ini dilanggar, keseimbangan dunia akan runtuh. Inilah Sunnatullah yang semakin dilanggar oleh golongan oligarki teknologi digital hari ini.

AI, Kehancuran (Dystopia), & Pemiskinan Massa

Kini, manusia diheret pula ke dalam kancah perlumbaan Kecerdasan Buatan atau AI. Namun adakah AI akan membawa kita ke arah utopia (kesejahteraan) atau dystopia (kehancuran)?

Halatuju kesejahteraan awam pada masa hadapan sangat bergantung kepada bagaimana kita membahagikan lebihan ekonomi dari teknologi AI ini. Jika segala lebihan keuntungan dan keupayaan AI ini terus dikaut dan disalurkan hanya kepada golongan atasan yang 10 orang ini, maka dunia secara total akan berhadapan dengan era pemiskinan besar-besaran.

Rasulullah SAW telah memberikan amaran keras mengenai hal ini lebih 1,400 tahun lalu dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim: "Sesiapa yang memonopoli (menahan barangan/sumber), maka dia adalah seorang yang berdosa." Hari ini, mereka bukan memonopoli makanan, tetapi memonopoli data, ruang kewangan, dan masa depan tamadun manusia.

Bangkitlah Dari Ilusi

Kita tidak boleh terus leka menjadi bidak catur dalam permainan Trillionaire Elitists ini. Orang Islam sepatutnya bebas mindanya daripada mengikut apa sahaja trend teknologi tanpa berfikir, dan seharusnya lebih kritis sebelum mengadaptasi apa yang dicanang atau digembar-gemburkan sebagai masa depan manusia sejagat. Berhenti mengagungkan sistem teknokrat tajaan Barat yang kini jelas dikawal ketat oleh elit korporat yang bernafsu besar. Dihidangkan kepada kita makanan sedap, namun diselindung pula jerat yang akan memerangkap dan mengabdikan kita. Kita mungkin terpaksa menggunakan platform mereka kerana tiada alternatif yang mampu menandingi setakat ini, tetapi jangan sesekali biarkan minda, akidah dan agama kita dijajah oleh naratif golongan ini.

Kebergantungan mutlak kita hanya kepada Allah SWT, Tuhan yang tidak memerlukan algoritma mahupun AI untuk mengetahui kebenaran hakiki.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

051898
Hari ini: 90
Minggu Ini: 1,868
Bulan Ini: 4,992
Tahun Ini: 51,898
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.