IBNU ARABI PENGARUH ILMU TASAWWUF

IBNU ARABI PENGARUH ILMU TASAWWUF

Salah seorang ahli sufi besar dan berpengaruh dalam sejarah perkembangan tasawwuf dalam dunia Islam ialah Ibnu Arabi. Nama lengkapnya ialah Muhiddin Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Hatimi al-Tai.

Beliau juga dikenali dengan gelaran Muhy ad-Din ( Penghidup Agama) dan Syeikh al-Akbar (Guru Terbesar). Ibnu Arabi terkenal dengan doktrinnya tentang Wahdah al-wujud (kesatuan wujud) yang mengakibatkan beliau dikritik dan dikafirkan oleh ulama.

Setelah berkelana ke pelbagai tempat, beliau menetap di Damsyik, Syria sampai akhir hayatnya. Di sana beliau merasakan peringkat terakhir perjalanannya yang juga merupakan peringkat kematangan kerohanian dan intelektualnya sebagai seorang ahli sufi.

Ibu Arabi terkenal dengan Fahaman Wahdah-al-Wujud. Menurutnya tidak ada sesuatu pun yang wujud kecuali Tuhan. Hanya ada satu kewujudan hakiki, iaitu Tuhan. Segala yang ada selain Tuhan hanyalah tempakan lahiriah daripada-Nya. Kewujudan makhluk bergantung kepada kewujudan Tuhan, atau berasal daripada kewujudan Tuhan. Manusia yang sempurna (insan kamil) merupakan pusat tampakan diri Tuhan yang paling sempurna. Oleh sebab konsepnya ini, Ibnu Arabi dianggap kafir oleh ulama lain.

Pengaruh Ibnu Arabi terhadap perkembangan tasawwuf, khususnya tasawwuf filosofi sangat luar biasa. Gagasan kesufian Ibnu Arabi tersebar ke seluruh dunia Islam dan mendapat pengikut yang tidak terhitung jumlahnya. Di Indonesia, pemikiran Ibnu Arabi juga tersebar luas. Hal ini terbukti dengan banyaknya ulama yang membawa fahaman Wahdah al-wujud, seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, dan Abdus Samad al-Palimbani.

Ada sekitar 300 judul buku yang dihasilkan oleh Ibnu Arabi. Sebahagian besar ditulis semasa berkelana untuk menuntut ilmu. Antara karyanya yang terkenal ialah Futuhat al Makkiyyah (Penaklukan Makkah). Dalam karyanya itu, Ibnu Arabi menulis bahawa Allah s.w.t melalui malaikat yang menyampaikan ilham kepadanya. Kitab ini mengandungi huraian tentang prinsip metafizik, ilmu keagamaan dan pengalaman kerohanian Ibnu Arabi sendiri.

Fusus al-Hikam (Permata Hikmah) ialah karya Ibnu Arabi yang ditulis 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Menurut pengakuan Ibnu Arabi, karya ini diiterimanya daripada Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpinya, yang menyuruh beliau menyebarkannya kepada seluruh umat manusia agar mereka dapat mengambil manfaat daripada karya itu. Kitab tersebut bertujuan memaparkan aspek tertentu kebijaksanaa Ilahi dalam konteks kehidupan 25 orang nabi dan rasul.

1165  Lahir di Andalusia, Sepanyol (28 Julai)
1173  Pindah bersama keluarganya ke Sevilla
1195  Mula berkelana menuntut ilmu
1198  Pergi ke Fez, Maghribi
1201  Ke Mekah untuk menunaikan haji
1205  Pergi ke Konya, Turki
1211  Pergi ke Baghdad, Iraq
1223  Menetap di Damsyik, Syria
1240  Meniggal dunia di Damsyik (16 November)

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

043561
Hari ini: 192
Minggu Ini: 2,729
Bulan Ini: 9,676
Tahun Ini: 43,561
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.