HUKUM SISTEM ASAS PERUNDANGAN ISLAM

HUKUM SISTEM ASAS PERUNDANGAN ISLAM

Perintah Allah S.W.T. yang berhubung dengan perbuatan orang mukallaf, baik dalam bentuk tuntutan, kebolehan ataupun ketetapan yang berdasarkan sebab, syarat atau halangan disebut sebagai hukum. Daripada definisi ulama fikah ini akan diketahui cakupan pembahasan fikah. Hukum sebagai sistem ditegakkan untuk melindungi hak individu mahupun masyarakat. Sistem hukum dalam setiap masyarakat mempunyai sifat, ciri dan ruang lingkupnya sendiri.

Islam juga mempunyai system hukum sendiri yang dikenal sebagai fikah. Fikah bukanlah hukum murni dalam pengertian sempit. Fikah mencakupi seluruh aspek kehidupan (etika, keagamaan, politik dan ekonomi). Hukum fikah menghapuskan adat dan system hukum suku Arab pra-Islam. Hukum fikah tidak hanya terbatas kepada urusan duniawi tetapi juga menjelaskan aspek akhirat.

AL-AHKAM AL-KHAMSAH

Hukum al-taklifi dibahagi kepada lima, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Hukum ini dinamakan al-ahkam al-khamsah (hukum yang lima). Wajib merupakan perintah yang mengandungi tuntutan yang harus dikerjakan; mendapat pahala jika dikerjakan dan berdosa jika ditinggalkan, misalnya solat. Sunat merupakan perintah yang dianjurkan untuk dikerjakan; mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan, misalnya solat sunat empat rakaat sebelum solat zuhur.

Haram merupakan perintah yang mengandungi larangan yang harus ditinggalkan; berdosa jika dikerjakan dan mendapat pahala jika ditinggalkan, misalnya menghisap dadah. Makruh ialah sesuatu yang dianjurkan untuk ditinggalkan; tidak berdosa jika dikerjakan dan mendapat pahala jika ditinggalkan, misalnya merokok. Harus ialah sesuatu yang boleh dikerjakan dan boleh ditinggalkan; tidak berdosa jika dikerjakan ataupun ditinggalkan, misalnya bersugi.

SUMBER
Hukum harus bersumberkan syarak (hukum Islam). Jumhur ulama usul fiqh menetapkan bahawa sumber hukum yang disepakati ialah al-Quran, sunnah Nabi Muhammad s.a.w. (hadis), ijmak dan qiyas.

JENIS
Ulama usul fiqh membahagi hukum kepada dua bahagian besar, iaitu hukum al-taklifi dan hukum al-wadi. Hukum al-taklifi ialah tuntutan Allah S.W.T. yang berkaitan dengan perintah untuk melakukan atau perintah untuk meninggalkan sesuatu perbuatan. Manakala hukum al-wadi ialah perintah Allah S.W.T. yang mengandungi pengertian bahawa terjadinya sesuatu merupakan sebab, syarat atau penghalang bagi adanya.

HUKUM AL-WADI

Ada lima jenis hukum al-wadi.
Sebab, misalnya terbenamnya matahari menjadi sebab wajibnya solat maghrib.
Syarat, seperti wuduk merupakan salah satu syarat sahnya solat.
Penghalang, misalnya hubungan waris boleh terhalang jika ahli waris membunuh orang yang mewariskan harta.
Sah, seperti mengerjakan solat zuhur setelah tergelincir matahari (sebab), telah berwuduk (syarat), dan tidak ada halangan (tidak haid).
Batal, misalnya menjual beli minuman keras.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

033283
Hari ini: 274
Minggu Ini: 514
Bulan Ini: 9,213
Tahun Ini: 33,283
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.