MATURIDIYAH TEOLOGI BERCORAK RASIONAL

MATURIDIYAH TEOLOGI BERCORAK RASIONAL

Aliran teologi dalam Islam yang didirikan oleh Abu Mansur Muhammad al-Maturidiyah dalam kelompok Ahli sunah waljamaah disebut Maturidiyah. Maturidiyah merupakan ajaran teologi yang bercorak rasional. Nama aliran itu dinisbahkan dari nama pendirinya, al-Maturidi. Al-Maturidi lahir dan hidup di tengah iklim keagamaan yang penuh dengan pertentangan pendapat antara Muktazilah (aliran teologi yang sangat mementingkan akal dan dalam memahami ajaran agama) dan Asyariyah (aliran yang menerima rasional dan dalil wahyu) sekitar masalah kemampuan akal manusia. Al-Maturidi melibatkan diri dalam pertentangan itu dengan mengajukan pemikiran sendiri. Pemikirannya itu merupakan jalan tengah antara aliran Muktazilah dan Asy ariyah. Kerana itu, aliran Maturiyah sering di sebut berada antara teologi Muktazilah dan Asyariyah.  

Kendatipun gigih menyerang Muktazilah, dalam beberapa hal aliran Maturidiyah memliki persamaan dengan Muktazilah. Baik Maturdiyah mahupun Muktazilah sependapat bahawa ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang mengandung makna tidak tegas atau samar yang disebabkan oleh erti yang berdekatan atau adanya beberapa pengertian ) dalam Al-Quran harus ditakwilkan. Di samping itu, ada beberapa persamaan lain yang terdapat dalam Maturidiyah dan Muktazilah, antara yang lain adalah kemampuan akal. Al-Muktazilah menganggap bahawa dengan akal manusia mampu mengetahui adanya tuhan, menilai baik atau buruk satu perbuatan, dan mengetahui kewajipan bersyukur kepada Tuhan.

Pada dasarnya aliran Maturidiyah banyak memiliki persamaan dengan Asyariyah. Namun dalam beberapa hal Maturidiyah menempatkan akal pada posisi yang tinggi pendapat-pendapat yang berbeza itu antara lain menyangkut masalah antropomorfisme, perbuatan manusia, dan kekuasaan mutlak Tuhan. Menurut al-Maturidiyah Tuhan bersifat non-material sehingga tidak mempunyai bentuk jasmani. Mengenai perbuatan manusia, al-Maturidiyah berpendapat bahawa manusia dapat berbuat mengikut hatinya. Ia bebas berbuat dan bertindak dan perbuatan itu tidak dapat disandarkan pada Tuhan.

Di samping itu, menurutnya, kekuasaaan Tuhan itu terbatas kerana adanya janji-janji Tuhan dan Tuhan harus menepati janji-Nya itu sesuai dengan pernyataan Tuhan sendiri. Fahaman Maturidiyah ini banyak dianut oleh kalangan utama yang menganut mazhab Hanafi di bidang fikih. Al-Maturidiyah sendiri memang belajar kepada para ulama dari mazhab Hanafi, antara yang lain Muhammad bin Muqatil ar-Razi, Abu Bakar Ahmad bin Ashaq al-juzjani, Abu Nasr al-Iyadi, dan Nusair bin Yahya.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

033335
Hari ini: 32
Minggu Ini: 566
Bulan Ini: 9,265
Tahun Ini: 33,335
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.